Thursday, July 15, 2010

Menurut bahasa AQIQAH ialah binatang yang disembelih sebagai tanda kesyukuran kepada Allah atas kurniaNYA memberi zuriat, tetapi lazimnya diertikan oleh ramai, aqiqah ialah ibadat menyembelih binatang (biasanya kambing) sebagai tanda kesyukuran kerana beroleh zuriat itu.

Rasulullah saw telah menyembelih 2 ekor kambing bagi tiap seorang dari cucunya iaitu Saidina Hasan dan Hussain pada hari ketujuh cucu-cucunya itu dilahirkan.

Adalah sunat hukumnya mencukur rambut bayi samaada lelaki atau perempuan pada hari ketujuh bayi itu dilahirkan, sunat pula bagi bapa atau datuk yang menafkahi bayi itu bersedekah dengan emas atau perak sebanyak yang sama berat dengan rambut bayi itu, atau dengan wang yang senilai dengan emas/perak yang seberat rambut bayi itu.