Saturday, November 19, 2011

KAMI SEDIA MENUNGGU PELANGGAN


Kepada semua pelanggan kami, oleh kerana kami tidak berkesempatan untuk mengambil barangan kitar semula di tempat tuan/puan, kami mencadangkan supaya tuan/puan menghantar sendiri ke stor kami seperti dalam rajah.Hubungi kami dahulu 019-2815402 atau 016-2142406 kami sedia menunggu.

Saturday, May 7, 2011

KATOGARI BARANGAN KITAR SEMULA










Katogari barangan kitar semula ialah kotak,kertas hitam/putih,kertas berwarna,aluminium,besi 1/2/3,plastik 1/2 dan lain-lain

Monday, March 28, 2011

Terus maju ke hadapan.













Uzaya Trading terus maju ke hadapan tanpa menoleh ke belakang atas perancangan dan kekuatan yang syarikat kami miliki serta sokongan pelanggan-pelanggan kami. Uzaya Trading berkembang setapak lagi dengan menceburi bidang perniagaan membeli dan menjual barangan kitar semula.

Kebanyakan pelanggan kami adalah pejabat-pejabat kerajaan dan pejabat swasta terdapat juga pelanggan individu yang telah menjadi pelanggan tetap kami. Uzaya Trading boleh dipercayai kerana kami menawarkan harga yang berpatutan dan menjaga timbangan yang betul untuk memastikan hasil pendapatan syarikat kami halal.

Barangan kitar semula boleh dikelaskan kepada beberapa kumpulan seperti dalam sebutharga yang anda boleh dapati dengan menghantar kepada email Uzaya450721@yahoo.com atau tel Hj Yahya 019-2815402.

Uzaya Trading cuba mengasingkan barangan kitar semula yang terdiri daripada pakaian yang kami perolehi dengan cara PENGUMPULAN-PEMBERSIHAN-PENGASINGAN-MENGGRED-MEMBUNGKUS. Uzaya Trading akan menjual semula pakaian ini dalam bentuk bundel kepada peniaga-peniaga yang berminat, harga yang kami tawarkan antara RM5 hingga RM8 pekilo bergantung kepada kuntiti permintaan.

Uzaya Trading juga boleh menjadi pengantara kepada penderma-penderma yang dermawan, jika sekiranya penderma ingin menderma pakaian kepada orang-orang yang memerlukan seperti anak yatim, keluarga miskin,ibu tunggal maupun kepada mangsa bencana seperti banjir dan kebakaran. Kepada penderma kami menawarkan harga RM4 pekilo termasuk urusan penghantaran.