Monday, September 24, 2012

SMK KUALA LUMPUR PERIHATIN TERHADAP BARANGAN KITAR SEMULA












Syarikat Uzaya Trading berbanyak-banyak mengucapkan terima kasih kepada beberapa buah sekolah yang berada di Kuala Lumpur, seperti SMK Putri Jaya,SMK Sri Hartamas,SMK Bandar Baru sentul,SMK Sentul Utama dan SMK Batu Muda. Sekolah yang tersenarai ini kami anggap amat perihatin terhadap barangan kitar semula. Sekolah-sekolah ini sentiasa merancang program kitar semula dengan kerjasama pengetua,guru,pelajar dan juga kakitangan kontraktor kebersihan di sekolah mereka dengan melakukan gotong royong perdana, program kitar semula tahunan atau melalui pembersihan harian.Barangan kitar semula yang telah dikumpul akan dibeli oleh syarikat Uzaya Trading dengan harga pasaran semasa.Uzaya Trading ingin menggalakkan kepada sekolah-sekolah lain juga supaya mengamalkan program kitar semula." Amalan Pikir Dahulu Sebelum Buang" boleh memberi menfaat manusia dan alam sekitar.