Thursday, July 15, 2010

Menurut bahasa AQIQAH ialah binatang yang disembelih sebagai tanda kesyukuran kepada Allah atas kurniaNYA memberi zuriat, tetapi lazimnya diertikan oleh ramai, aqiqah ialah ibadat menyembelih binatang (biasanya kambing) sebagai tanda kesyukuran kerana beroleh zuriat itu.

Rasulullah saw telah menyembelih 2 ekor kambing bagi tiap seorang dari cucunya iaitu Saidina Hasan dan Hussain pada hari ketujuh cucu-cucunya itu dilahirkan.

Adalah sunat hukumnya mencukur rambut bayi samaada lelaki atau perempuan pada hari ketujuh bayi itu dilahirkan, sunat pula bagi bapa atau datuk yang menafkahi bayi itu bersedekah dengan emas atau perak sebanyak yang sama berat dengan rambut bayi itu, atau dengan wang yang senilai dengan emas/perak yang seberat rambut bayi itu.

Thursday, July 8, 2010

Pasaran Kambing untuk aqikah, qurban dan kegunaan kenduri kendara.

Uzaya Trading mengucapkan selamat datang ke kandang kambing kami di alamat Kampong Rasau Slim River Perak dan Gombak Kuala Lumpur. Sebelum datang sila telefon dahulu 019-2815402 Hj Yahya. boleh lihat gambar-gambar berkaitan untuk meyakin pelanggan kami.

Thursday, June 3, 2010

SELAMAT DATANG KE UZAYA TRADING

Uzaya Trading adalah sabuah perniagaan tunggal milik keluarga yang diasaskan oleh Haji Abu Bakar bin Haji Usuf. Perniagaan ini mula beroperasi pada tahun 1990. Bidang perniagaan yang diceburi pada permulaannya adalah pengedaran hasil pertanian dan ternakan khususnya telur ayam kampong. Bermula pada tahun 1996 uzaya trading berkembang setapak lagi dengan menceburi dalam bidang pengangkutan menggunakan lori jarak jauh dan dekat. Walaupun pergerakkan perniagaan agak perlahan tetapi operasi perniagaan masih diteruskan oleh keluarga setelah pengasasnya meninggal dunia pada tahun 2007. Uzaya trading mula bertambah maju dengan hasil usaha yang dibuat oleh ahli keluarga yang telah diamanahkan iaitu Mohamad Fauzi dan Mohamad Noorazmi. Bermula tahun 2010 Uzaya trading berkembang lagi dengan menceburi bidang ternakan kambing tempatan dan pengedaran kambing import dari Australia.