Sasaran Program:
1. Guru persatuan dan kelab di semua sekolah.
2. Badan-badan amal atau kebajikan setiap organasasi(polis,bomba,masjid dan persatuan penduduk taman-taman perumahan)
Objektif program:
1. Memberi kesedaran kepada orang ramai pentingnya penjagaan alam sekitar.
2. Mencari sumber pendapatan bagi setiap organisasi yang menganjur program.
Perlaksanaan:
1. Lantik Ahli Jawatan Kuasa Program.
2. Kenalpasti lokasi dan tarikh yang sesuai untuk program.
3. Iklankan kepada orang ramai supaya orang ramai sedar dan paham pentingnya penjagaan alam sekitar melalui barangan kitar semula.Pastikan mereka berminat untuk menghantar barangan kitar semula pada lokasi dan tarikh yang ditetapkan.
4. Pada hari program jangan lupa menghubungi Uzaya Trading untuk membeli semua barangan kitar semula yang telah dikumpul.
Saturday, June 16, 2012
Thursday, May 10, 2012
OPERASI MEMBERSIH KAWASAN ATAU RUMAH
Ramai yang bertanya apakah kerja-kerja pembersihan yang syarikat kami lakukan? Sebenarnya syarikat kami akan menerima kerja pembersihan berbentuk ringkas yang mana pelanggan memerlukan pekerja untuk melakukannya dan memerlukan lori untuk membuang hasil pemberisahan seperti sampah-sampah (perabot lama,kayu,batu-batan pokok yang di tebang dan lain-lain) Kadar bayaran kami tentukan dengan cara mengikut jenis lori yang hendak digunakan Jika lori 1 tan (RM150.00) jika lori 3 tan (RM250.00) asas harga ini perlu ditambah dengan bayaran bilangan pekerja, 1 pekerja (RM50.00) minama 2 orang pekerja.
Saturday, November 19, 2011
KAMI SEDIA MENUNGGU PELANGGAN
Kepada semua pelanggan kami, oleh kerana kami tidak berkesempatan untuk mengambil barangan kitar semula di tempat tuan/puan, kami mencadangkan supaya tuan/puan menghantar sendiri ke stor kami seperti dalam rajah.Hubungi kami dahulu 019-2815402 atau 016-2142406 kami sedia menunggu.




Monday, May 9, 2011
Saturday, May 7, 2011
KATOGARI BARANGAN KITAR SEMULA
Monday, March 28, 2011
Terus maju ke hadapan.












Uzaya Trading terus maju ke hadapan tanpa menoleh ke belakang atas perancangan dan kekuatan yang syarikat kami miliki serta sokongan pelanggan-pelanggan kami. Uzaya Trading berkembang setapak lagi dengan menceburi bidang perniagaan membeli dan menjual barangan kitar semula.
Kebanyakan pelanggan kami adalah pejabat-pejabat kerajaan dan pejabat swasta terdapat juga pelanggan individu yang telah menjadi pelanggan tetap kami. Uzaya Trading boleh dipercayai kerana kami menawarkan harga yang berpatutan dan menjaga timbangan yang betul untuk memastikan hasil pendapatan syarikat kami halal.
Barangan kitar semula boleh dikelaskan kepada beberapa kumpulan seperti dalam sebutharga yang anda boleh dapati dengan menghantar kepada email Uzaya450721@yahoo.com atau tel Hj Yahya 019-2815402.
Uzaya Trading cuba mengasingkan barangan kitar semula yang terdiri daripada pakaian yang kami perolehi dengan cara PENGUMPULAN-PEMBERSIHAN-PENGASINGAN-MENGGRED-MEMBUNGKUS. Uzaya Trading akan menjual semula pakaian ini dalam bentuk bundel kepada peniaga-peniaga yang berminat, harga yang kami tawarkan antara RM5 hingga RM8 pekilo bergantung kepada kuntiti permintaan.
Uzaya Trading juga boleh menjadi pengantara kepada penderma-penderma yang dermawan, jika sekiranya penderma ingin menderma pakaian kepada orang-orang yang memerlukan seperti anak yatim, keluarga miskin,ibu tunggal maupun kepada mangsa bencana seperti banjir dan kebakaran. Kepada penderma kami menawarkan harga RM4 pekilo termasuk urusan penghantaran.
Thursday, July 15, 2010
Menurut bahasa AQIQAH ialah binatang yang disembelih sebagai tanda kesyukuran kepada Allah atas kurniaNYA memberi zuriat, tetapi lazimnya diertikan oleh ramai, aqiqah ialah ibadat menyembelih binatang (biasanya kambing) sebagai tanda kesyukuran kerana beroleh zuriat itu.
Rasulullah saw telah menyembelih 2 ekor kambing bagi tiap seorang dari cucunya iaitu Saidina Hasan dan Hussain pada hari ketujuh cucu-cucunya itu dilahirkan.
Adalah sunat hukumnya mencukur rambut bayi samaada lelaki atau perempuan pada hari ketujuh bayi itu dilahirkan, sunat pula bagi bapa atau datuk yang menafkahi bayi itu bersedekah dengan emas atau perak sebanyak yang sama berat dengan rambut bayi itu, atau dengan wang yang senilai dengan emas/perak yang seberat rambut bayi itu.
Rasulullah saw telah menyembelih 2 ekor kambing bagi tiap seorang dari cucunya iaitu Saidina Hasan dan Hussain pada hari ketujuh cucu-cucunya itu dilahirkan.
Adalah sunat hukumnya mencukur rambut bayi samaada lelaki atau perempuan pada hari ketujuh bayi itu dilahirkan, sunat pula bagi bapa atau datuk yang menafkahi bayi itu bersedekah dengan emas atau perak sebanyak yang sama berat dengan rambut bayi itu, atau dengan wang yang senilai dengan emas/perak yang seberat rambut bayi itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)






















